PENGENDALI Gremio, Renato Portaluppi akhirnya mematahkan harapan Lionel Messi untuk bersatu semula dengan rakannya Luis Suarez di Inter Miami dalam saingan Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat.
Susulan kekalahan 0-2 Gremio menentang Flamengo dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Brazil, Portaluppi tampil menegaskan isu perpindahan Suarez ke kelab Inter Miami berakhir.
Sebaliknya Portaluppi yang disegani dalam kalangan penyokong Gremio menyifatkan Suarez sebagai nadi kepada kelab apabila mengakui keupayaannya untuk membuat perubahan di padang.
"Ya, Luis Suarez sangat penting untuk kami, dia membuat perubahan kepada mood gaya permainan Gremio.
“Sinetron Suarez-Messi kini sudah tamat, kerana dia akan tinggal bersama kami sehingga Disember.
"Itu sekali gus memberikan kami dan pemain ketenangan fikiran dalam mengharungi baki musim ini," katanya kepada media.
Terdahulu, menurut laporan media Suarez meminta keizinan Gremio untuk menyertai bekas rakan sepasukan Barcelona - Messi, Sergio Busquets, Jordi Alba dan mungkin Andres Iniesta, di Inter Miami.
Bagaimanapun, situasi kontrak menimbulkan cabaran apabila Suarez terikat dengan kelab Brazil sehingga penghujung tahun 2024.
Gremio berkeras untuk menghormati kontrak bersama pemain itu terutamanya selepas melabur dalam pembelian Suarez.
Pada mulanya, Gremio menuntut kira-kira AS$10 juta dolar (RM45,505,000) sebagai pampasan untuk membebaskan Suarez, tetapi kini telah disahkan secara rasmi bahawa dia akan kekal di Brazil sehingga akhir tahun 2023. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 28 2023
Messi, Suarez semasa di Barcelona. - Foto Sinar Harian
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
[TERKINI] Kawalan ketat di semua balai polis dan individu berprofil tinggi
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
Jemaah Islamiyah masih berakar umbi?
Bersama Pertahanan, Keselamatan dan Kajian Strategik UPNM, Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat - KPN
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat
Berita terkini berhubung kejadian jam 2.45 pagi tadi di mana dua anggota polis maut diserang suspek yang dipercayai anggota JI.
Sinetron Suarez, Messi tamat - Portaluppi
Portaluppi menyifatkan Suarez sebagai nadi kepada apabila mengakui keupayaannya untuk membuat perubahan di padang.
Kelayakan Piala Dunia: Suarez pintas rekod jaringan Messi
Suarez kini menemui jaringan 29 kali buat negaranya dalam 62 aksi kelayakan Piala Dunia, satu gol lebih daripada Messi.
Real Madrid: Zaman baru bakal bermula
Berjayakah Real Madrid menewaskan Athletic Club dan mengekalkan kejuaraan Ahad ini?
Messi raih gelaran Pemain Terbaik Bulanan buat kali pertama
Messi kembali menonjolkan permainan terbaiknya dalam kempen 2020-21 apabila menjaringkan tujuh gol, lebih dua berbanding bulan sebelumnya.
Barcelona kata saya sudah tua, tidak lagi sesuai untuk kelab gergasi - Suarez
Penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez, mendedahkan Barcelona memberitahunya bahawa dia telah melepasi tahap kemuncak.
Rai kemenangan ke-500, Simeone gesa Atletico teruskan rentak cemerlang
Simeone, memimpin pasukan meraih kemenangan 1-0 ke atas Getafe dalam saingan LaLiga awal pagi tadi, merekodkan perlawanan ke-500 dalam semua pertandingan bersama Atletico.
COVID-19 halang Suarez bertemu Barcelona minggu ini
Uruguay mengesahkan dalam satu kenyataan hari ini Suarez dan rakan sepasukannya, Rodrigo Munoz, serta seorang lagi kakitangan, Matias Faral, akan mematuhi protokol COVID-19.
Lebih pantas daripada Messi! Suarez pemain kedua terpantas jaring 150 gol
Suarez meraih jaringan ke-150 itu dalam penampilannya yang ke-195.
Barcelona jual Suarez, bakal sarung jersi Atletico Madrid
Pemain berusia 33 tahun itu dalam tahun terakhir kontraknya di Camp Nou dan menghadapi masa depan yang tidak menentu sejak akhir musim lalu.
Juventus sambut baik kepulangan Morata ke Turin
Morata dilaporkan akan menyertai Juve secara pinjaman daripada Atletico Madrid dengan kesepakatan melibatkan pembayaran 9 juta pound (RM43.7 juta).